Tuesday, 17 February 2015

Kaedah Mengurat Perempuan Dalam Islam

Rasa Cinta Pasti Ada tapi jangan Di Hina CINTA suci dengan Nafsu Syahwat



kredit : tintantom BlogSpot com
pic : pakarcinta com

Proses memikat :

1. Dimulakan dgn penghayatan atau pandangan… Pandangan mestilah pandangan yang dibenarkan Islam dan tidak menyalahi syara’ iaitu muka dan tapak tangan… kaki itu pun aurat taw.. jadi pandai-pandai lah berjinak dengan stokin ya :)

2. Senyum :) Senyum itu sedeqah… Setelah melalui proses pertama, anda boleh senyum untuk menambat hati wanita pilihan anda… (kpd perempuan jgn mudah percaya dgn senyuman lelaki yang “He Had Such A Quiet Eyes”, hati-hati dengan senyuman lelaki ye…)


3. Bercakap… Ada 2 jenis cakap, awwalan telefon wa thanian melalui kiriman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS not Sheikh Muzafar Shukor ye) atau melalui laman-laman sosial… Namun, biarlah semua ini tidak melampaui batas pergaulan… dan jika boleh, jangan lah berbicara dengan perkara-perkara yang tidak penting ya… emm..faham ke??

4. Appoinment or janji temu. Da cakap semua tu, buatlah janji temu untuk face to face mengikut masa yang ditetapkan (jgn tengah2 malam) dan ditempat yang jauh drpd FITNAH… dan jangan juga Berdua!! ikhilat lelaki dan perempuan nisbah nya .. 1 lelaki=3 perempuan…

5. Step yg plg best! “Dating”…stage ni stage yang paling MENCABAR dan MENGUJI HAWA NAFSU, sebab syaitan laknatullah tu x suke tgk org bina Masjid…jelez la katakan sebab x de yang nak ke dia…hehehe… mase ni Syaitan akan cuba mengasah hawa, cucuk nafsu yang akan membawa ke arah MAKSIAT..nauzubillah… Ustaz Rusli kata, “Proses kelima boleh dielakkan atau dikawal jika wujud org tengah yg boleh dipercayai untuk membantu kita melalui perhubungan yang terarah kepada kebaikan.

Ustaz Rusli Md Zain Al-Farqawi telah menghuraikan 7 perkara yang perlu di beri attention!!!
yang selaras dengan kehendak Islam :

1. Yakin dan bukan menunjuk-nunjuk… Lelaki harus yakin memikat supaya wanita yang dipikat tak rasa dirinya ditipu. iye dak?.. kalau ada unsur2 tipu2 ni, perempuan mungkin akan rasa teraniaya… Ingat!!! DOA org teraniaya MAKBUL!!! AWAS lelaki…!!! dan lagi satu..perhubungan yang ada unsur tipu2 ni tak tahan lama..cinta monyet lagi la!hehe…

2. Pemerhatian. Cara yang Islam benarkan, pemerhatian dari jauh or merisik. carilah orang tengah yang BOLEH DIPERCAYAI untuk siasat dan selidik latar belakang calon pilihan hati tu..

3. Pembuktian… kedua-dua pihak dah setuju dan buktikan kesungguhan anda memikatnya.

4. KEIKHLASAN… nak pikat tu biarlah secara natural…semula jadi..jgn dibuat-buat. tidak perlu skrip2 ni..buang ink je nak karang skrip pnjg2..PERSAHABATAN MESTILAH BERLANDASKAN UKHWAH FILLAH…err(segheyau ngat aih)…kalau nak tegur tu biarlah LILLAHI TAALA tanpa ada unsur CEMBURU BUTA, DENGKI dan BERNAFSU.

5. Penambahbaikan. Jgn lama2 sangat…nanti syaitan rebut peluang. ILmu mesti disisipkan dalam perhubungan supaya tidak menyimpang.

6. Konstiten (ISTIQAMAH). Terima kelebihan dan kekurangan pasangan seadanya, bak kata Nisa’ dalam Dalil Cinta TV3 “take me for whom I am”…setiap psgn tu mesti akan diuji. Jadi, kepercayaan terhadap pasangan tu mesti berterusan.

7. ELAKKAN CINTA KHIRDUN. Hubbun khirdun ni sementara je. Ciri hubbun khirdun ni selalu tukar partner n SS (Syok sendiri)..yang akan jadi mangsa, WANITA! so hati-hati sekali lagi wahai wanita-wanita.


Ustaz, da berjaya pikat nak buat ape pulak? Ustaz Rusli kata…
(Peringkat seterusnya ni sesuai abang-abang dan kakak-kakak yg da matang la ataupun yang da ada planning nak kenduri,berkahwin)

1. Kelangsungan dan kesinambungan. ( Cepat-cepat le BINA MASJID nak elak FITNAH)

2. Kurangkan pertemuan. Ini pun nak elak fitnah dan prasangkan buruk (su u zon )

3. Tingkatkan perancangan. Saling memahami dan buat perancangan rumahtangga.

4. Rajin2lah gi Majlis Ilmu. Step ni bagus untuk MANTOPKAN IMAN.

5. Dekatilah AL-QURAN. Pasangan perlu belajar dari juzuk 1-30 sebelum kahwin. Majlis khatam al-Quran haruslah dilakukan oleh si lelaki mahupun perempuan.Bukan perempuan sahaja yang macam berlaku sekarang.

6.Berdoalah selepas baca al-Quran. Sabda Rasulullah S.A.W “Berdoa sesudah membaca al-Quran akan diaminkan oleh 4000 malaikat manakala berdoa sesudah khatam al-Quran pula akan diaminkan oleh 60 000 malaikat Allah” (Riwayat ad-Damiri dan ad-Dailami). Amalkan solat sunat Dhuha, membaca Ayat seribu Dinar dan surah al-Waqiaah setiap hari sebelum sesudah dipikat.

7.KUKUHKAN EKONOMI. Carilah pekerjaan yang lebih stabil.

8.Tingkatkan kualiti kerja. Janganlah lpas ada isteri, kualiti kerja merosot. Ishk3x..buat malu muka isteri jer…

9. Cari kualiti masa. Tanya khabar pasangan, beri kata2 semangat bukan ungkapan-ungkapan yang menaikkan nafsu Syahwat.

10. Letakkan MOTO kehidupan. Nabi S.A.W mengingatkan kita agar ingat 5 perkara sebelum lima perkara,sihat sebelum sakit,muda sebelum tua,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati.