Wednesday 4 February 2015

PANDUAN ASAS MEMILIH KATERING YANG TERBAIK




KREDIT : IKAHWIN.MY

Kenali cara menawan hati para tetamu undangan anda pada masakan istimewa pengantin dengan panduan yang diberi ini.
'Dari rasa, terkesan ke riak wajah'. Begitulah impak hidangan menu makanan kepada tetamu yang hadir ke majlismu. Jika lazat, maka senyum melebar la dapatnya. Jika tidak sedap, maka kata-kata yang tidak sedap bakal didengari. Ayuh, kenali cara menawan hati para tetamu undangan anda pada masakan istimewa pengantin dengan panduan yang diberi ini.

Panduan:
1. Dapat khidmat nasihat berkaitan katering

Kebanyakan katering akan serta sekali dengan pakej perkahwinan yang anda
tempah melalui juru runding perkahwinan. Oleh itu, langkah awal sebelum menempah, ketahui latar belakang katering tersebut dan seramai mana pelanggan yang berpuas hati dengan hasil persembahan mereka di hari persandingan.
Tip : Sekiranya tidak ramai pelanggan yang menempah, ini bermaksud masakan daripada katerer tersebut tidak begitu baik dan tidak sedap.
2. Ketahui bajet yang sesuai dengan menu makanan
Bajet katering sudah pasti menjangkaui puluhan ribu ringgit sekiranya jemputan melebihi 500 orang ramainya. Sebelum membuat tempahan, anda boleh menyenaraikan menu makanan pilihan untuk majlis yang akan diadakan. Langkah terbaik, penawaran harga perlu dibuat agar anda tidak membayar menu makanan terlalu mahal.
Tip : Dapatkan khidmat nasihat rakan yang pernah mengambil tempahan dengan katerer yang anda pilih, dan berhati-hati dengan pakej murah yang disediakan mereka. Ini kerana kebanyakannya, murah pada harga dan murah pada kualiti rasa menu hidangan.
3. Mencuba rasa menu makanan
Pada saat anda membuat tempahan katering, mintalah pihak mereka menyediakan satu set hidangan yang dipilih untuk dirasa dalam tempoh seminggu. Sekiranya selepas anda merasa dan tidak berpuas hati dengan masakan katering tersebut, beri tahu kekurangan hidangan mereka dan berikan pendapat. Sekiranya anda tidak suka, boleh juga meminta untuk dibatalkan tempahan, sebelum terlewat.
Tip : Pastikan anda tidak membuat apa-apa bayaran sebelum mengesahkan kepuasan hati terhadap hasil hidangan yang diberi. Berbincanglah secara baik dengan pihak katering agar permintaan anda dapat direalisasikan.
4. Membuat tempahan menu tambahan
Tempahan tambahan seperti manisan, buahan koktel boleh ditempah oleh cheflain atau dengan meminta bantuan sanak saudara sahaja. Selain menjimatkan kos perbelanjaan, anda juga akan berpuas hati dengan rasa dan hasilnya.
5. Mengambil tahu latar belakang tetamu jemputan
Siapakah tetamu jemputan anda? Adakah ramai di antara mereka terdiri daripada kaum veteran yang tidak boleh makan sembarangan? Langkah terbaik, minta pihak katering menyediakan nasi putih disamping nasi minyak atau beriyani yang menjadi hidangan utama. Anda perlu tahu, sesetengah orang sangat alergi kepada nasi minyak dan beriyani.

ANDA PERLUKAN SATU SERVIS KATERING YANG HEBAT DAN SESUAI DENGAN BAJET ANDA  ???? KLIK DISINI -http://caterings4u.blogspot.com/2015/01/promosi-awal-tahun-pakej-katering.html
 syarikat catering yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dan telah membuat pelbagai majlis umum , korporat , kementerian kerajaan , VIP dan VVIP.

No comments :

Post a Comment