Kredit : Pengantin com my
Nak kawin ni bukan senang untuk membuat keputusan. Banyak perkara perlu diambil tahu. Banyak pertimbangan perlu dibuat. Pemilihan Mak Andam merupakan sebahagian dari kesukaran yang perlu dihadapi.
Majlis perkahwinan tidak akan menjadi tanpa kehadiran Mak Andam. Mak Andam atau juga dikenali sebagai Jurusolek merupakan sebahagian dari tunjang utama dalam memastikan agar sesebuah majlis perkahwinan berhasil dengan jayanya. Ini adalah kerana Mak Andam memainkan peranan untuk memastikan penampilan pengantin sempurna dan sesuai dengan majlis.
Pemilihan Mak Andam perlulah dilakukan seawal 6 bulan sebelum majlis. Lebih-lebih lagi jika inginkan Mak Andam tertentu dan yang sudah terkenal. Ini adalah kerana, kebiasaannya mereka telah ditempah lebih awal oleh bakal pengantin. Terutama sekali jika majlis dibuat pada musim cuti persekolahan. Jika tempahan dibuat di saat-saat akhir menjelang hari majlis, sudah pasti bakal pengantin akan mendapat Mak Andam yang kurang berkenan di hati.
Selain memerlukan waktu tempahan seawal 6 bulan, pemilihan Mak Andam juga perlu dibuat dengan teliti. Sila pastikan agar Mak Andam anda tidak menerima tempahan selain diri anda seorang pada tarikh majlis yang sama. Ini adalah kerana, terdapat ramai Mak Andam yang suka mengambil kesempatan dengan