Saturday, 24 January 2015

Pakar roti canai - Langkah demi langkah | Ourkizuna

Pakar roti canai - Langkah demi langkah | Ourkizuna

Assalamualaikum

Roti canai memang satu kepakaran mak. Even mamak sekali pun belum ada yang dapat lawan roti canai mak. Pada aku lah. Menantu dia. Shujin pun suka sangat. Komen terpedas dari shujin aritu.. "Kenapa roti canai akak tak sesedap roti canai mak?" (dalam family aku dipanggil akak.. walau pun aku ni anak no 4)
Of course la kan.. Mana boleh aku nak lawan tokey. Hehehe..
 Nak bagitau la kan. Apa yang hebat sangat roti canai mak ni. Rotinya tebal. sekilo tepung tu biasanya cuma dapat 17-18 keping roti je. Tapi makan satu dua keping da kenyang gila. Walau pun tebal, tapi luarnya rangup. Dalam tu jadi macam puff tau. Ada layer layer nipis dan lembut. Atuk aku pun kalau nak makan roti canai dia roger mak suruh buat, since nenek aku da tak larat. Mak cerita, masa dia belajar dulu berkilo kilo tepung dia guna nak dapatkan adunan yang cantik. Fuh!!

Ok. Since balik aritu mak buat roti canai, aku pun ambik peluang untuk ambik gambar langkah demi langkah membuat roti canai emak ni.

Marjerin planta

Tepung gandum cap sauh
Nak buat roti canai yang sedap, bahannya mestilah yang terbaik. Mak guna tepung gandum cap sauh dan jugak marjerin planta.
 
 
 
 

 
Resepinya sama je dengan resepi yang aku tulis kat SINI - Adunan tepung, telur, garam, gula dan air.


Uli sampai masak
Uli sampai masak tu maksudnya kena uli lama dan sampai betul betul lembut.
Sapukan marjerin planta ke seluruh permukaan tepung dan simpan semalaman. Biasanya untuk sarapan pagi mak buat malam dalam pukul 10 gitu. Start canai pukul 6:30.

Dah simpan semalaman.
Canai atas dulang
Mak takde nak canai macam kedai mamak tu. Mak tarik tarik je atas dulang. Tarik jangan sampai koyak. kalau boleh tarik senipis yang boleh. Doh jangan terlalu lembik atau keras, nanti mudah koyak. Susah nak tarik. Dalam buat roti canai part paling susah adalah nak agak kadar kelembutan doh tu. Sebab mak ni jenis pakai resepi dolu-dolu. Semua main agak je. 

Paling senang nak agak adalah, agak-agak lembutnya tu macam doh donat. Simpan jangan terlalu lama nanti lembik kalau awal sangat da canai pulak jadi keras pulak. Serius part ni yang menentukan gebu tak gebu roti tu nanti..
Dah tarik nipis nipis tu lipat dan jadi bentuk camni. Mula mula lipat jadi empat segi. Lepas tu bungkus je. Tapi jangan penyek dulu. Kalau buat kerja cepat boleh la kumpul kumpul macam ni. Kalau jenis aku terkial kial, memang nak kena canai satu goreng satu. Sebab kalau lambat sangat nanti lapisan lapisan tu stick together lepas tu jadi leper je, tak gebu.
Bila nak masak tu, letak marjerin atas pan, lepas tu penyekkan doh tadi. Tapi make sure bahagian tepi tu biar mengelembung sikit. Supaya bila masak dia ada layer layer. Mak kata kalau guna minyak kurang sikit. The whole process mak guna marjerin je. Kalau takde marjerin planta guna cap pelangi je pun takpe.
Jangan sampai hangus pulak. Api jangan kuat sangat.

Tara~~
Roti canai yang dah masak tu terus kepuk ngan tangan. Kepuk tu aku pun tak reti nak terang macam mana. Tapi nak bagi dia nampak gebu camni la. Sedap dicicah dengan kuah dhal. Yummy!!



So lepas ni shujin kata dia pun nak beli 10kg tepung nak suruh aku berlatih buat roti canai biar jadi macam mak punya roti canai ni.

Ye lah tu.. :P

Jemput makan...