Saturday 24 January 2015

Resepi walnut brownies paling sedap

kredit : Ourkizuna BlogSpot com
Assalamualaikum

Alhamdulillah. Berakhir sudah jualan flea market di opis. Walau pun short RM9, aku syukur sebab semua brownies dan red velvet dengan cheese meleleh habis dijual. Dapat jugak sedekah 2 bekas untuk team dan satu untuk birthday girl anak perempuan director yang baik ngan aku tu.

Ada yang kata rasa brownies ni seperti rasa brownies kartika sari yang famos amos tu. Tapi wallahualam. Aku pun tak penah makan. Yang aku tau sedap gila je.

Seperti yang diamanatkan oleh tuan punya resepi. Resepi brownies ni perlu dikongsi kepada orang ramai supaya hasilnya menjadi. Hehehe.

 Yang share resepi ni adalah tokey kek yang super baik hati Ilyana Abdullah Siste's Cakery.

Resepi brownies chewy gooey yummy paling sedap
Bahan bahan untuk 8x8 square pan
170g choc bittersweet ( Aku guna chocolate courverture)
90g butter
35g coco powder


 Cairkan kaedah double boil. Atau cing kejap dalam microwave. Cing tu adalah bunyi microwave bila dah time up. Cinggg..

100g tepung
1/4ts garam
1/4ts baking powder

Ayak bersama

2 biji telur + 1 kuning telur
180g gula castor
1ts vanilla

Kaedah membuatnya
(1) Pukul telur dan gula laju laju dalam 10 minit. Masukkan esen vanilla. Kacau sebati
(2) Masukkan chocolate cair tadi
(3) Masukkan tepung yang telah di ayak
(4) Bakar 180 darjah celcius dalam 35 minit. (bergantung pada kepanasan oven) - Aku pakai built in oven kakak ipar. 30minit sahaja.

Indicator paling senang adalah, brownies akan kembung naik dan turun semula. Bila dah turun semula tu dah masak la tu maksudnya. 5-10 minit terakhir tu boleh hadap oven sampai puas. Hahaha..

Kalau nak lagi sedap. Taburkan slice almond atasnya. Atau macam aku, bakar plain, lepas tu letak topping ganache coklat dan taburkan walnut untuk jualan. Hihihi.

Nota kaki : Aku buat guna 10x10 square pan, adunan tu jadikan satu setengah adunan. Dan jangan lupa alas pan dengan baking paper. 

No comments :

Post a Comment