Tuesday 3 February 2015

Warna dalam Tema Perkahwinan


Gambar Hiasan oleh: The Knot
kredit : ikahwin my

Selalunya untuk menyerikan lagi sesebuah majlis perkahwinan, pengantin akan memilih tema yang sesuai dan serasi dengan jiwa. Antara yang menjadi pilihan bakal pengantin adalah tema yang mengikut edaran semasa dan tema. Sebagai contoh tema klasik yang menjadi pilihan, adalah...
Tema jawa, tema klasik 90-an di mana pengantin memakai persalinan sepenuhnya songket, dan juga tema asal usul sesebuah budaya seperti Cina, India mahupun Melayu Asli.
Tema ini memerlukan para pengantin untuk menghias majlis mereka seperti dan sehampir tema yang dipilih. Mari kita ambil contoh tema Cina, jika pengantin asal usulnya dari keluarga Cina, mereka akan mengikut adat dan sedikit sebanyak majlis akan mengikut tema resepsi Majlis Perkahwinan Cina. Contohnya persalinan, dekorasi majlis dan adat seperti meminum teh.
Untuk memeriahkan lagi majlis, ada juga para pengantin yang akan setkan warna tertentu untuk setiap resepsi. Contohnya warna ungu untuk pihak perempuan dan pink untuk pihak lelaki. Ini adalah supaya majlis perkahwinan mereka nanti akan kelihatan seragam dan teratur. Ada juga antara mereka mengaklifikasikan majlis mengikut warna tema. Sebagai contoh untuk resepsi tunang, warna berbeza bagi kedua belah pihak, begitu juga untuk akad nikah, persandingan dan sambut menantu. Mereka memilih untuk mewarnakan warna tertentu bagi membezakan keluarga dan tetamu luar.

Trend Warna 2014 oleh: Mospens Studio
Ada juga antara mereka, seperti tetamu dan keluarga yang merasakan tema ini merepek dan tidak patut dilakukan. Mungkin kerana permintaan pihak pengantin terlalu mustahil untuk dikotakan. Tapi, apalah salahnya kita beri peluang kepada bakal raja sehari ni untuk seragamkan hari bahagia mereka dengan warna tema yang mereka mahukan. Jika anda mempunyai bajet lebih, apa kata sponsor warna/kain untuk ahli keluarga yang lain? Tetapi, jika itu sesuatu pembaziran, simpan sahaja. Kira dahulu bajet anda dengan betul, jangan dibelanjakan pada benda yang tidak penting. Selalu utamakan apa yang perlu.
Tema warna dan tema perkahwinan adalah dua perkara yang berbeza. Tema perkahwinan adalah tema bagi sesebuah majlis, contohnya seperti tema inggeris, tema dalam taman, tema klasik dan sebagainya. Manakala bagi warna pula, tema warna adalah tema yang fokus utamanya adalah pada warna sesebuah majlis. Contoh permainan warna yang cuba ditonjolkan dalam sesebuah perkahwinan. Kini, pemilihan dua warna adalah antara warna yang popular dan mendapat sambutan bakal pengantin. Antara warna yang menjadi pilihan adalah 'baby pink dan baby blue' campuran dua warna lembut untuk memikat hati tetamu yang hadir, warna lain adalah 'silver' dan merah, untuk tampak lebih 'classy'.
Padanan tema warna yang sesuai akan membuatkan tetamu sendiri tertarik dengan majlis tersebut. Lagi manis dan mendapat perhatian tetamu apabila warna tersebut diaplikasikan dalam busana pengantin. Ohhhhh cantiknya!
Pilih tema warna dan tema perkahwinan yang sesuai supaya majlis anda tampak ceria, comel dan paling penting sesuatu yang anda sendiri tidak akan menyesal lakukan di kemudian hari. Elakkan tema yang menarik perhatian orang luar supaya tidaklah majlis anda jadi bahan gelak dan bual bicara para tetamu yang hadir seperti tema 'ghotic', tema 'hello kitty' atau anime mahupun tema warna warni macam pelangi.
Ingat pesan admin, elakkan sebelum majlis anda menjadi bahan kepada mereka

No comments :

Post a Comment