Saturday 14 February 2015

MAKANAN PALSU MADE IN CHINA

perkara yang MESTI TAHU bagi MAKANAN PALSU di China

kredit -Secawancoffee-sesuducreamer BlogSpot com
Sememangnya kita sudah ketahui, semua perkara-perkara pelik KEBANYAKKANYA datang dari China, dahlu pernah seluruh dunia digemparkan dengan kewujudan telur palsu yang dikatakan dijual secara meluas di seluruh dunia.

Namun bukan itu sahaja yang palsu, sebenarnya ada banyak lagi cuma tidak dihebah-hebahkan. Pada kali ini kami akan membawa anda menerjah beberapa makanan palsu yang dihasilkan di China

1)Kacang walnut palsu


Kacang walnut yang ori dikeluarkan dan diganti dengan konkrit yang dibalut kertas agar lebih kemas kemudian dimasukkan ke dalam kulit kacang walnut yang ori dan digam.



2)Madu lebah palsu


Madu palsu ini terhasil dari campuran air gula, manisan malt, sirap jagung atau beras, jaggery (sejenis gula yang tidak bertapis), pemanis barley malt atau bahan tambahan lainnya dengan hanya sedikit madu.Ia dipasarkan meluas melalui India ke U.S.

3)Daging lembu palsu


Daging palsu ini hasil dari campuran daging ayam dan babi yang kemudian diperap selama 90 minit dengan sedikit daging lembu gred tinggi.Bahan perap yang digunakan ini boleh meracun organ dalaman manusia dan boleh membawah penyakit kanser.

4)Beras palsu


Pihak berkuasa di Singapura telah melaporkan bahawa terdapat beras palsu yang diperbuat dari plastik resin dan kentang atau keledek.Beras ini nampak ori tetapi bila dimasak ia kelihatan kenyal dan keras.”Makan tiga mangkuk beras palsu ini seperti makan satu beg plastik,” kata seorang pegawai dari Persatuan Restoran Cina.

5)Telur palsu


Ia terdiri daripada bahan kimia, asid alginic, kalium, kalsium klorida, gelatin, parafin, pewarna tiruan dan air.Telur ini direbus dalam air kencing kanak-kanak lelaki (mendapatkan warna) dan kulit telur dibuat dari kapur.Memakan telur palsu secara berterusan boleh menyebabkan kehilangan memori dan demensia.

6)Ban kitar semula


Beberapa kedai runcit telah dituduh menghantar ban yang telah tamat tempoh kembali kepada pembuat mereka, Shanghai Shenglu Food Company, di mana ban basi ini akan dikitar dengan cara memasukkannya dalam campuran tepung, air, pewarna makanan kuning yang haram dan pemanis tiruan. Ban kemudian dipakej semula dan dijual sebagai ban baru.

No comments :

Post a Comment