Saturday, 24 January 2015

Resepi Cream puff shu kurimu

Kredit : empunya blog
Assalamualaikum

Honestly... Dah berapa banyak cubaan untuk buat cream puff atau choux a la cream. Orang Jepun panggil shu kurimu. Kali ni aku memang puas hati sebab menjadi. Rupanya ada beberapa cara untuk pastikan cengkerangnya kembung elok.
Sebelum tu meh share resepinya yang sangat mudah


Resepi shu kurimu (Cookpad.com)
Bahan bahan
50gram tepung
50gram butter
90ml air
2 biji telur

Cara membuatnya
Panaskan air dan butter. Tak payah sampai mendidih sangat pun. Just sampai semua butter tu cair. Nak guna marjerin pun boleh. 


 Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau sampai jadi bebola. Teruskan kacau sampai ada satu lapisan tepung nipis kat dasar periuk. Tutup api.

Biarkan doh tersebut sejuk sebentar. Masukkan telur satu persatu. Kacau sebati. Nak tau kadar kepekatannya dah ok ke belum, angkat adunan dengan sudip (lagi senang kalau guna sudip kayu). Nanti tepung akan jatuh dan bahagian yang tinggal kat sudip kayu tu bentuk tiga segi. Bila dah ada bentuk tu maksudnya kepekatannya dah ok dah.
nampak tak bentuk tiga segi tu..
Masukkan adunan ke dalam piping bag. Nak cantik pakai nozzle bentuk bintang. Kalau takde, cam aku senduk ngan sudu sudaaa..
konon buat tanda X nak bagi lawa.. haha..
Nak bagi bentuk permukaannya licin sikit, basahkan tangan dengan air dan tekan tekan bahagian yang terbonjol bonjol. Tanak buat pun ok je.

Lepas tu masukkan dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 200darjah. Masak 18minit. Turunkan suhu ke 150darjah dan masak lagi 12minit. Kalau malas, masak 170darjah selama 30minit pun ok je. Aku dah cuba keduanya..

Bila dah masak, jangan terus keluarkan. Biarkan selama kira kira setengah jam baru dikeluarkan dari oven. Kalau keluarkan dari oven terlalu awal nanti cengkerang tu cam tak berapa nak kembung elok bawahnya melengkung ke dalam. Pengalaman aku la..
rupa lepas keluar oven
Insya allah kalau ikut kaedah ni cengkerang cream puff korang confirm menjadi.

Selamat mencuba